SANTAI: P3- Bersediakah kita untuk ditugaskan ke sana.

Sebut je pasal P3, warga pendidik pastinya tahu apakah itu. P3 adalah singkatan kepada Pedalaman 3 yang mana sesiapa yang ditugaskan disini disogokkan dengan elaun kesusahan RM1500..banyak duit tu kalau masuk P3 ni. Tapi tu la yang orang kata yang tak pernah masuk ke P3.

Mula aku dapat penempatan pertama di Sarawak,aku berdoala semoga tak dapat Kapit. Tapi hampeh! Dah nama Kapit tu bermain di bibir aku, dapat sungguh. Bila masa En Aidiel bagi surat perlantikan, aku tengok kat sampul surat tu..lega rasa. Sekolah kat tengah-tengah pekan. Quite big school I guess. Bila dah tak dapat P3 mulala mulut ni gatal-gatal kata “ Alang-alang dah dating Sarawak ni, baik masuk dalam” Chewah…macam mampu survive ja kalau dapat P3.

Tapi at last, aku dapat chance juga masuk P3. Sekolah-sekolah di ZOBAN (Zon Bandar) adakan Majlis Permuafakatan PIBG di Nanga Balang, aku volunteer nak masuk P3 dengan membe aku Lin. Guru besar aku memangla galakkan supaya aku reti sikit macam mana life kat P3 sana. On that particular day, kami bertolak dari sekolah pukul 11 pagi. Naik HILUX ikut jalan balak 2 jam. Nak muntah aku..yang si Lin dah pening-pening lalat.. sesekali bertembung dengan lori balak yang subhanallah sangat besar..dah la jalan teruk, memang mencabarla.

Dah sampai Nanga Asam, kami berhenti. Rupanya kena tinggal keta kat situ. Naikla sampan panjang yang takda life jacket. Air sungai balang ni dah tak macam air batang Rajang. Cantik sikitla. Air dia hijau..Lin excited gila. Time naik sampan tu aku kata kat cikgu Andrew “ Ni baru macam Sarawak yang saya tengok dalam tV tu”..Bot tu kena lalu jeram yang takde la ganas sangat tapi cukup untuk melencunkan kami yang dalam bot. seronok tu memangla seronok sebab sekali sekala masuk dalam sana. Bayangkan kena lalui semua tu 2 minggu sekali atau setiap kali kena keluar. Tak sanggup rasanya aku.

Yang bestnya, sampai saja kat Sekolah Nanga Balang tu, kitorang ni semua dah lencun. Member kitorang yang bertugas kat sekolah tu bisik kat telinga aku masa aku salam dengan dia “Baru ko rasa apa yang aku rasa”..dengan takder line telefon, tak de intenet..selalu tak de air..nak pergi sangatkan..hahaha…So, korang rasa korang bersedia tak untuk ditugaskan ke P3 macam few of kawan-kawan aku yang masih tabah menanti berakhirnya hujung tahun ni..

Comments

Popular posts from this blog

SK II : Harga..wow!

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita