SANTAI: macam mana nak menangani masalah dengan housemate?

aku brani bet la yang ramai mesti tak ngam dengan housemate. ye lah mana taknya, bila sampai kat satu tempat yang baru kita disumbat terus dengan orang yang kita tak kenali. macam-macam karenah manusia ni kan. ada yang malas, yang semi malas, kadang-kadang malas..ada yang rajin, extra rajin atau kadang-kadang rajin..

aku ada membe sorang..dia ni extra rajin sapu sampah and mop lantai. dia memang hangin la dengan lantai rumah dia pasal lantai tu tile warna putih. selalu ada cop kaki. kawan aku ni jenis yang tensen dengan cop kaki kat atas lantai..so, everyday bila dia balik sekolah dalam kul 1 ptg tu, dia mesti sapu sampah then mop lantai. ada pula yang malas..bila angin malas dia datang, jangan harapla dia akan buat apa-apa. lantai yang penuh sampah and habuk pun boleh buat tak reti je..

so kita ni kategori yang mana? senang je nak settle masalah yang macam ni sebenarnya. korang cari rumah baru yang bilik dia cukup2 untuk korang. then, kalau rasa tak nak share bilik, bagitau awal-awal..senang kan..then buat jadual untuk bersihkan rumah. time tu, tak kisahla ko ke yang buat sampah, aku ke..sapa-sapa je...asalkan orang tu yang bertugas bersih rumah..kenala buat..kat sekolah kita pandaikan arah anak murid buat tu buat ni. apa kata kita pun buat juga macam tu kat rumah. mendisiplinkan diri sendiri terlebih dahulu..sekian..jangan ada yang terasa hati..

Comments

Popular posts from this blog

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Bestnya kahwin muda

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita