Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun


Assalamualaikum people…dalam banyak-banyak entry…entry tentang SK II dapat rating paling tinggi kat dalam blog den ni ha…ramai eh looking for a review tentang SK II ni…well….Saya pengguna SK II…nak kata tegar..tak tegar sangatlah..tapi continuously guna SK II dan mix with other brand juga…to be honest, saya bukan jenis yang berdisiplin guna setiap hari…ada hari-hari malas, saya tak pakai.

So….sampai hari ini saya dah guna SK II Treatment Essence (Pitera Miracle Water), SK II Treatment Gentle Cleanser, Treatment Clear Lotion, Deep Surge EX, Cellumination Essence EX, Stempower , Facial Treatment Repair C, Skin Refining Treatment Cream….ha….banyak kan? itu range yang saya guna..sebab tu malas nak tempek kat muka.. tu belum campor dengan mask dari SK II dan benda lain yang saya guna…


[Actual product yang saya guna…]
**please dont copy or use my photo without my permission**


Alhamdulillah kulit saya ni bukan jenis bermasalah. tempekla apa benda sekalipun..duk macam tu jugalah…cuma yang ketara nampak cerah atau gelap…licin tu memang jenis kulit gurun! tak ditumbuhi jerawat…kalau ada cuma jerawat halus-halus sahaja..kalau picit tak tinggal parut..itu kulit saya…jadi kalau nak baca review ni teruskan…cuma kurang valid untuk yang kulit bermasalah..


After 2 tahun saya guna SK II ni, ada benda yang saya sedar…bila saya stop, kulit akan terasa kasar..bila pakai, terasa lembab dan elok macam biasa. Mula-mula concern juga..tapi bila dah berhenti lama, kulit jadi stabil semula. Ada pendapat kata, SK II ni berfungsi dengan cara menghakis sel kulit lama untuk mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru.

Clear lotion dia bagus sebenarnya, tapi lama-lama saya rasa macam kulit saya ni menghakis dan menipis..macam mana tahu?? lepas saya apply di bahagian sisi hidung akan rasa pedih macam luka..bila dah dua tiga kali jadi macam tu, saya stop sebulan guna Clear Lotion. Terus kulit jadi kusam sikit…baru sedar kulit dah menghakis perlahan-lahan…

Benda paling best saya guna adalah Cleanser SK II. Seriusly foam dia halus…guna sikit saja, dah boleh cuci seluruh muka. Berbaloi sangat. Facial cleanser saya tahan hampir 6-8 bulan. Oh…saya guna St Ives Apricot Scrub juga untuk cuci dan elakkan blackhead.

EX range dari SK II memang awesome.. saya guna Deep Surge SK II atas nasihat amoi kat kaunter tu..make sure cari yang berpengalaman tau sebab dioang dah memang di"train" untuk sesuaikan kulit kita dengan product..jangan main hentam saja beli… Berbalik dengan Deep Surge EX tadi…struktur dia gel base..tak berminyak bila apply kat muka…dan paling penting, bangun tidur nanti tak berminyak..hebat kan? Saya guna juga dengan Cellumination Essence EX untuk bagi aura kat kulit….wohaaa….aura uolsss…..kelas!

Skin Refining Treatment tu sebenarnya salah beli sebab amoi kat kaunter di Sibu tu kelepet saya, tapi saya guna seminggu sekali atas nasihat pakar di kaunter Alor Setar (Alor Setar Mall) . Rasanya sebab pakai ini kulit menipis melampau tu…huhuhu….

Stempower best…kalau ada budget lebih, tryla…mahal nak mampos! dulu saya guna Signature Cream…dah tu tukar nama ke stempower….harga pun power juga..


[Kak Long aku…poziah latip…anak pokcik latip jugak mcam saya… *tipuuu je lebih]

Kepada pengguna baru, kalau rasa mampu boleh cuba…sebab apa kata mampu?maintainance tinggi…hahahaha….saya pun jenuh menyimpan dan ikat perut…tapi rasanya nak berhenti sebab tak mampu dah sekarang. Dulu bujang..duit gaji 100% guna sendiri…sekarang dah nak berumahtangga…kena beringat berbelanja…hehehehe….saya rasa banyak lagi produk kat luar sana yang setaraf dan sehebat SK II….harga pun lebih murah…oh…purata saya belanja setahun untuk SK II cecah R4K..sebab barang dia tak murah…itupun habis berjimat guna


Comments

Zampeada said…
Kuat mengakis ek?
annelatief said…
eh eh eh….kuat menghakis dan mengikis duit…whats up dude?
Anonymous said…
cuba website ini... murah harganya. http://www.dedandelion.com, harga sk-ii yang dijual tu murah berbanding harga retail... original
Anonymous said…
i dah guna sk2 since 6 years ago..

from my experience,observation,reading and research, i dapati tak semua produk sk2 ni over the top. some of them below the everage. even the drugstore brands are better.
product yg dikira bagus (great ingredients and worth buy) adalah FTE dan Cellumination essence ex saja. product lain eg. cleanser, toner sgt biasa dr segi ingredient.. nothing special.
so, tak perlu lah habis duit utk cleanser, toner sk2 which is not that good pon.
but of course the SA akan promote and cakap tak boleh campur2.. which is mengarut lah
Anonymous said…
sorry mencelah,,i tgh research skII skrg ni,then jumpa u punya blog..thanks for the info,but nape mcm sama yea ngn blog ni?pelik je?
http://www.bubblynotes.com/2013/06/sk-ii-to-me-after-more-than-4-years.html
annelatief said…
anon August 5…

thank you singgah sini…maybe she copy from my blog then edit sikit2….saince she wrote the article on June 2013 and mine was written on March 2013…chill :)
Hye... saya pengguna batu sk2.. tengah buat research ttg sk2 then trsinggah kat blog u..sy pkai bao nk masuk sbulan. Stakat nie muka sy biasa jew.. nmpk kesan dalam lama mna yea.. ;)
Anonymous said…
sebelum guna sk-11 sy ada pakai produk local yang agak famous, tp stop sb ada bahan kimia.pas2 beralih dgn produk lain, tup2 timbul gatal2 dan ruam yg memedihkan. Mmg perit masa 2, xkluar rumah sampai 4hari sb malu kulit teruk giler, sy mmg fobia sgt.. lastnya sy pakai produk sk-11,mula2 hanya set basic. cleanser & fte amat2 mujarab, kulit yg masalah slow2 ok. walaupun agak mahal,nk cantik punya pasal pejam mata jer la. hingga kini dah setahun sy pgguna sk-11. kulit jadi bertambah baik, glow dan bertambah muda...hehehe. jika sapa2 nk cuba blh try set basic.manalah tahu sesuai. good luck :-)
Shidah said…
good review ;-) tq

Popular posts from this blog

Bestnya kahwin muda

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita