KEPENDIDIKAN : Pemakanan mempengaruhi pencapaian IQ dan EQ kanak-kanak

Isu pemakanan yang tidak seimbang atau pengambilan makanan yang tidak sihat di kalangan kanak-kanak akan mempengaruhi tahap pencapaian IQ and EQ kanak-kanak yang sedang membesar. Setuju atau tidak, kenyataan ini seringkali dipandang enteng oleh ibu bapa mahupun pihak-pihak yang mengutamakan keuntungan semata-mata. Menjadi warga pendidik di sebuah daerah yang dikelilingi sungai, isu pemakanan ini menjadi rumit.

Kanak-kanak di kawasan ini secara majornya hanya makan daging sebagai sajian utama. Terutamanya daging babi.. melalui soal selidik yang dilakukan juga, kanak-kanak disini mengakui bahawa merekah lebih gemarkan daging berbanding hidangan ikan terutamanya ikan laut. Rata-rata ibu bapa juga mengakui bahawa mereka lebih mudah untuk menghidangkan keluarga mereka dengan daging berbanding ikan dan sayuran. Menurut beberapa kanak-kanak yang menjalani soal selidik yang saya kendalikan, daging babi yang menjadi menu utama hidangan harian mereka sebenarnya diperolehi melalui cara berburu. Babi hutan lebih digemari kerana rasanya dan menurut kaum Iban yang menjadi kaum majority disini; mereka berpendapat babi hutan lebih sihat dan selamat dinikmati berbanding babi yang dipelihara oleh peladang.

Secara biologinya, system pencernaan babi mempunyai sejenis cacing yang dipanggil Ascaris . cacing ini tidak akan mati walaupun telah dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi. Ini telah terbukti apabila saintis barat mula mengkaji mengapakah daging babi diharamkan kepada umat islam. Sebenarnya, semasa menjalankan kajian terhadap keburukan daging babi secara menyeluruh, para saintis ini mendapati bahawa cacing yang terdapat di dalam system pencernaan babi ini tidak boleh dibunuh dengan apa cara sekalipun. Setelah penat memcuba dan berputus asa, secara tidak sengaja salah seorang daripada mereka mencampakkan specimen hidup cacing ini ke atas tanah. Secara automatic, cacing ini mengelupur lalu mati. Maka daripada situlah saintis barat mula memahami mengapa islam menyuruh umatnya menyamak sesuatu tempat.

Ketika saya masih menuntut di University Malaysia Terengganu(May 2004- May 2007; Terima kasih untuk Cik Jamilah:Lecturer biorganisma), kami pernah menjalankan kajian tentang family dan Genus jenis-jenis cacing. Ascaris pada ketika itu menjadi salah satu daripada specimen yang perlu kami perhatikan cirri-ciri fizikalnya. Melalui pengamatan saya, Ascaris jantan adalah lebih pendek berbanding Ascaris betina. Pada hujung ekor cacing ini terdapat sturktur yang menyerupai cangkuk bagi memudahkannya untuk terus bermandiri di dalam system pencernaan babi.

Berdasarkan bukti sains ini, saya masih berpendapat bahawa kelewatan kematangan pencapaian IQ dan EQ kanak-kanak di pendalaman Sarawak adalah kerana faktor permakanan yang tidak seimbang dan juga pengambilan gizi protein yang terlalu banyak. Persekitaran yang tidak kondusif, ketidakhadiran salah seorang daripada ibu bapa, sikap ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab kepada orang ketiga yakni guru, terikat dengan budaya dan kurangnya minat untuk belajar pastinya menyebabkan kami warga pendidik perlu memikirkan alternative yang lebih bijak untuk mendidik anak-anak ini. Walaupun soalan yang dikemukan adalah mudah, namun pelajaran yang mudah itu perlu diulang berkali-kali. Percaya atau tidak, itulah cabaran menjadi pendidik kanak-kanak sekolah rendah di dalam menyediakan mereka sebelum ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi iaitu sekolah menengah.

Comments

Popular posts from this blog

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Bestnya kahwin muda

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita