PSIKOLOGI: Ketidak hadiran salah seorang atau kedua-dua ibu bapa boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak.
Dolly and Emy
Ibu bapa yang bekerja akan mempengaruhi perkembangan anak-anak secara langsung. Di Bandar-bandar besar, trend pekerjaan ibu bapa lebih menjurus kepada kerahan idea dan bidang kerja yang berprofil tinggi. Sebaliknya di kawasan pedalaman Sarawak pula, pekerjaan ibu bapa lebih menjurus kepada pertanian, bekerja sebagai buruh kasar atau tidak bekerja. Ibu bapa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan hanya 15% manakala ibu bapa yang bekerja di bidang professional lain hanyalah 10%.
Taraf pendidikan ibu bapa secara amnya boleh mempengaruhi perkembangan minda anak-anak mereka. Ini kerana, ibu bapa yang berpelajaran mempunyai kesedaran tentang keperluan untuk menghantar dan memantau aktiviti anak-anak semasa di sekolah atau diluar waktu persekolahan. Ada pendapat mengatakan bahawa kecerdikan adalah genetic. Sejauh mana kenyataan itu benar, tidaklah dapat diakui.
Saya mengajar 9 kelas dari tahun 1 hinggalah ke tahun 5. Dari kelas yang pertama hinggalah ke kelas yang terakhir. Purata murid yang saja ajar di dalam seminggu adalah hamper berjumlah 270 orang. Murid-murid ini menunjukkan tingkah laku yang sangat berbeza antara satu kelas dengan kelas yang lain. Murid di dalam kelas pertama kebanyakkan adalah anak-anak kakitangan kerajaan ataupun mereka yang bekerja secara professional. Taraf pendidikan ibu bapa juga lebih tinggi berbanding murid yang berada di dalam kelas-kelas di belakang.
Hampir 90% ibu atau bapa murid di kelas belakang ini bekerja sebagai buruh kasar di kem balak, “Kuli Batek”, pemandu van, bekerja di atas kapal atau sebagai petani. Bagi bapa yang bekerja di atas kapal sebagai anak kapal atau bapa yang bekerja di kem balak, mereka perlu meninggalkan keluarga berbulan-bulan lamanya.
Mengambil pekerjaan sebagai buruh di kem balak sebagai platform, saya mendapati murid yang sudah terbiasa dengan ketidak hadiran ayah disini lebih bersifat agresif, kurang cerdas dan menunjukkan kesalahan tingkah laku secara terang-terang. Sikap mereka lebih mudah memberontak sekiranya guru memarahi kerana kesalahan yang mereka lakukan. Kanak-kanak ini tidak mudah ditegur dan kurang rasa hormat kepada guru. Ibu mereka juga tidak begitu mengendahkan sikap dan prestasi pelajaran anak-anak.
Pakaian yang tidak berganti, keperluan sekolah yang tidak mencukupi, prestasi akademik yang tidak meningkat menunjukkan betapa anak-anak ini tidak dipedulikan. Di kawasan perumahan yang saya diami, terdapat murid-murid yang tinggal disini. Saya dapati, ketika jam menunjukkan pukul 9 malam (perkadaran waktu disini sebenarnya 1 jam lebih awal yakni pukul 9 malam adalah jam 10 malam), anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR dibiarkan bermain di luar rumah sehingga lewat malam. Remaja ini dibiarkan melepak bersama rakan-rakan yang jauh lebih dewasa sedangkan perkara ini dilakukan didepan mata ibu bapa itu sendiri. Alas an yang diberikan adalah, remaja tersebut adalah jiran tetangga.
Ibu yang tinggal sendirian tanpa kehadiran suami tatkala suami-suami ini ke kem balak atau berlayar pula lebih gemar berkaraoke bersama teman-teman, bersuka ria atau berkunjung ke pub-pub yang terdapat disekitar kawasan ini. Sikap dan tabiat buruk ini diperhatikan oleh anak-anak yang sedang membesar. Pernah sekali murid saya di tahun satu menjawab mempunyai cita-cita untuk menjadi perempuan pub kerana ingin belajar menari seperti ibunya. Peranan ibu bapa itu penting di dalam menghasilkan generasi berpengetahuan.
Anak yang membesar bersama ibu bapa dengan mendapat kasih sayang yang secukupnya pasti akan berkembang dengan sempurna. Disiplin yang diterapkan oleh ayah dan diperhatikan oleh ibu pastinya akan membawa perubahan kepada status sahsiah dan tingkah laku murid. Didikan sebenar bermula dari rumah.
Comments