Bestnya kahwin muda

بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers

Ramai kan remaja sekarang yang berkahwin di usia muda. Alhamdulillah…elok ler tu. Mengurangkan maksiat. Antara blogger hebat yang kawin muda is Irine Nadia Marcello dengan Dena Bahrin…diorang berdua ni ramai follower saya rasa dari kalangan remaja berusia 13-24 tahun. Rata-rata komen kat blog diorang 

"seronoknya kahwin..saya nak kahwin jugalah" 
"Tak sabarnya tunggu my turn" 

bagus dik ada niat macam tu tapi niat kita kahwin tu untuk apa sebenarnya? nak berseronok semata-mata atau kita mencari rahmat Allah di sebalik sebuah perkahwinan?..

Meh kita tengok apa best sangat kawin muda ni

  • Kurang maksiat - boleh keluar deting dengan suami ikut suka hati nak balik kul brapa. Mak ayah pun tak risau. Tanak balik pun takpe. Nak tido sama lagi bagus sebab dapat pahala.
  • Belajar jadi orang yang bertanggungjawab - tak kisah la lelaki atau perempuan. Lelaki dia kena fikir ada isteri kat rumah menunggu, so takde la boleh melepak sampai kul 2-3 pagi kat kedai mamak tengok bola. Isteri pula dia kena ingat ada suami kat rumah, kalau keluar dengan kawan-kawan banyak sangat-sangat benda yang kena jaga dan kena balik rumah awal.
  • Bila tensen ada orang yang tunggu dan setia mendengar cerita
  • Takda kawan nak teman gi tengok wayang, boleh ajak suami.
  • Tak puas hati dengan rakan boleh mengutuk @ mengadu dengan suami dan dia takkan bocorkan rahsia pada kawan-kawan kita yang lain
Ya adik adik sekalian. Sungguh banyak faedah berkahwin awal ini. Syaitan menangis bila cucu-cicit Nabi Adam a.s menikah awal tahu…tapi akak faham dik..kalau tak kawin lagi tu bukan tak mahu, tapi banyak kekangan lain..banyak aral yang melintang…kan..kan...

Sila faham ya adik-adik, Manusia ni dik Allah bekalkan dengan nafsu..jadi Allah berikan juga akal agar kita dapat uruskan nafsu dengan sebaiknya. Kenal Ustazah Fatimah Syarha? orangnya kecil molek, cute sangat-sangat…tahu berapa umur ketika dia menikah? menginjak usia 25 tahun..tahu apa alasan beliau? sebab beliau mendukung cita-cita agama. Beliau memilih yang terbaik dan beliu mengharapkan sesuatu yang besar disebalik sebuah perkahwinan.

Dalam keseronokkan berkahwin itu ada tanggungjawab ya sayang. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Sedih dik bila tengok remaja hari ini terpengaruh dengan keindahan perkahwinan tanpa memikirkan besar tanggungjawab yang akan dipikul sebagai isteri kelak. Tapi dik, daripada terjebak dalam penzinaan…adik kahwin je lah dik..akak tak sanggup tengok korang buang anak merata-rata macam nyawa takda nilai. 

MInta tolong fikir sejenak, tatkala rakan kita yang lain sibuk mengendong buku ke sana ke mari mengutip ilmu, kita sibuk mengendong bayi kecil. Ketika sahabat kita berseronok bergelumang dengan buku, kita tensen dibuai tangungjawab sebagai seorang isteri..mungkin juga ibu ketika itu..nak seronok sejengkal ja dik…

kalau tak tahan sangat dengan godaan keindahan perkahwinan, salurkan dengan cara yang tepat. bagitau ngan mak ayah, dan bincang elok-elok. Tegaskan dalam diri, kamu mampu menjadi isteri, ibu, pelajar dan anak yang baik. Paksikan cinta dan perkahwinan itu kepada Allah azawajalla.. di samping itu cari dan pilih bakal suami atau bakal isteri yang sebaiknya. Lelaki lengkapkan ilmu di dada, perempuan sediakan diri semoga menjadi isteri yang taat kepada Allah dan suami…semoga perkahwinan itu dilindungi dan dirahmati Allah..

Buat adik-adik yang muda-muda beli nak berkahwin tu cuba fikir sejenak..
  • awak dan isteri masih sekolah, siapa yang akan menyediakan pakai minum kamu berdua?
  • awak dan isteri masih sekolah dan mempunyai cahaya mata, siapakah yang akan menyediakan keperluannya?
  • awak dan isteri masih belajar, cukupkah masa untuk menelaah dan mengejar cita-cita
  • awak dan isteri berkahwin di usia muda, kemudian berjaya dalam pelajaran kemudian mendapat pekerjaan…berjumpa dengan lelaki/perempuan yang lebih hebat dari pasangan..apa yang akan terjadi
  • awak dan isteri masih belajar, cukupkah belanja untuk memenuhi keperluan dan permintaan sang isteri?
fikir ya adik-adik...

Comments

rara emie said…
seronoknye kawen muda..tp bila pikir skunk tengah belajar..mampu ke nk urus suami rumahtngga,belajar assgmnt ohhh..xpe..ada jodoh kawen la..hehe..
nice entry..

Popular posts from this blog

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita