KEPENDIDIKAN: exam oriented vS skilL developing
UPSR dah berakhir..tugas aku jaga peksa pun otomatik tamatlah..sepanjang 3 hari mengawas peksa aku macam tak berapa suka sistem pendidikan kita..(chewah..macam baguih ni!!) ada few pupils yang masih belum menguasai 3M (membaca, mengira, menulis) tapi masih berpeluang untuk naik ke tingkatan 1..sistem pendidikan yang mengamalkan exam oriented bagi aku kurang berkesan. Aku tak sure sebenarnya golongan jenis apakah yang kita nak lahirkan sebenarnya..Melentur buluh biarlah dari rebungnya..pernah dengar??mesti pernah punya..(kalau tak pernah meh nak sekeh sekali)
Semasa mengajar, aku sempat lagi survey dan mengamati cara pihak pentadbir atau guru besar meletakkan sasaran kepada murid tahun 6. Sekadar untuk mengaut nama menjadi sekolah terbaik (kononnya) dan "cantik" di pandang oleh pihak atasan tanpa mengambil kira kesan jangka masa panjang kepada murid yang masih terhegeh-hegeh belajar mengenal ABC.Pada aku, pihak yang mempunyai mentaliti begini sebenarnya menjahanamkan keperkasaan sistem pendidikan..kebanyakkan sekolah menyaring murid berdasarkan peperiksaan yang dilaksanakan. Murid ditempatkan berdasarkan kebijaksanaan. Ada betulnya tindakan tersebut sebab lebih mudah untuk mengajar kerana kita tahu tahap kebolehan murid.
tapi aku masih rasa lebih elok andainya ujian APTITUD dijalankan pada murid tahun 3 supaya kita tahu minat dan kecenderungan murid ke arah mana. Bukan semua murid minat untuk belajar walaupun otaknya cerdas..dan ada sebilangan murid yang kurang cerdas otaknya tapi sangat berminat belajar..mengambil SHEARER sebagai study case..budak ni duk kelas yang terakhir sebab dia tak pandai membaca pada awalnya tapi cuba bagi dia no @ mathematic..tau berapa dia score soklan yang sama macam bagi kat budak kelas paling pandai?? 85.. sebab dia sangat berminat nak belajar..mungkin aku leh letakkan kesalahan pada guru tahun 1,2 dan 3 yang tak ajar membaca kot..
yerlah some of us kan bias dengan budak..bila budak tu dah tak leh nak cope dengan lesson..kita biarkan je..terus terang aku cakap..kalau ada sorang budak tak faham-faham yang aku ajar..aku akan carry on dengan next topic tapi budak yang perlu special attention ni akan dapat 20minutes personal tuition during class..sebab aku kesian kalau dia tak leh jawab..walaupun kadang-kadang naik hantu jugak aku..
Tak tahu kenapa tapi aku kurang bekenan dengan sistem exam orientated ni..kalau sistem ni kita guna tapi murid tak dapat kelayakkan naik kelas secara otomatik, mungkin aku suka.hehehe...
Murid yang tak dapat melepasi tahap tertentu di dalam ujian tak dibenarkan naik kelas. Macam entri aku yang lepas (murid sekarang malas belajar) aku ada cita pasai KILAT kan..ingat tak?? kita amik dia sebagai bahan uji..dia tahun 4 tapi tak kenal ABC pun..dah macam-macam cara cikgu B dia buat tetap tak boleh cope..bukan ke rugi dia nanti??habis tahun 6 tapi input zero..elok rasanya dia kekal je kat kelas tahun 1 sampai dia reti membaca. Dalam masa yang sama sebenarnya benda ni perang psikologi..kalau dia ada adik, pastu adik dia dapat naik darjah mesti dia malukan??mesti dia berusaha..kalau jenis yang kering and buat derk je..elok berentikan sekolah terus.Elok lagi hantaq dia pi belajaq skill..maybe ada sumtin yang dia suka and he good at..
sebab apa aku kata camtu??sebab sekolah hari ni tak pentingkan dah subject elektif. Bayangkan..sekolah aku ada bengkel KH dan kelengkapan yang penuh. Setiap tahun peruntukan untuk panitia KH pun melimpah ruah..duit tu Mr Kite suh beli benda lain tapi tulis iventori beli barang KH..logik ke macam tu??Bengkel tu pulak tak pernah langsung digunakan. Macam mana nak develop skill budak-budak?? Mungkin budak pandai tak heran dengan subject KH ni..tapi untuk murid kelas belakang??maybe diorang pandai menjahit..mungkin juga pandai bertukang..mana kita tahu..macam tu juga musik..seni melukis.. masa subject elektif digunakan untuk ajar subject teras..mau pecah kepala budak.. Kalau nak saring budak based on their interest pun susah juga sebenarnya. Susah untuk guru mengajar different level of pupils dalam kelas yang sama..untuk subject terasla..banyak kerja untuk guru..semua tak betul kan??
andai kita ada kelebihan dan leh run kelas sekolah rendah ni macam and aku leh ubah sistem pendidikan kita..tau la aku nak buat apa..hahaha..(tengok-tengok lagi hari biru jadinya..hahaha...)
Comments