Rapatkanlah saf...pleaseeee makcik (T_T)



بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...


Alhamdulillah atas nikmat yang Allah swt bagi...bertemu lagi dengan Ramdhan Kareem....bulan penuh barakah..bulan mulia...peluang untuk bertemu dengan penghulu segala malam iaitu Lailatul qadar...Al-Quran juga diturunkan di dalam bulan Ramadhan ini....begitu istimewa bulan ramadhan ini....

Ramdhan ni sebenarnya membawa sejuta rahmat...kepada peniaga...kepada semua..makanan yang susah nak dapat bulan lain, banyak pula pada bulan puasa...Masjid-masjid lenggang pada malam-malam biasa...penuh meriah dengan umat yang ingin mengimarahkan solat tarawih...memang indah...seronok ja kan solat ramai-ramai...

saya cerita berkaitan muslimah la yer....kalau kat ruang muslimah memang meriah..tambah-tambah sekarang kain telekung pelbagai corak dan warna...kadang-kadang ada yang mengkhaskan kain sembahyang tu untuk solat di masjid sahaja...almaklumlah...corak cantik..ada benang emas...mahal harganya..khusus untuk waktu-waktu istimewa sahaja...memang cantik...kadang-kadang mengganggu tumpuan jemaah lain ketika solat..ermmm....dalam banyak-banyak hal tu..kaum perempuan ni suka sangatlah buat satu perkara ..iaitu tidak merapatkan saf...tak tahulah apa sebabnya orang perempuan ni suka benarlah menjarakkan diri dengan jemaah disebelahnya...rimas mungkin...takpun alasan panas...atau alasan nanti masa tasyahud akhir terduduk atas kaki orang sebelah...ermmm...tak tahulah nak kata...

saya sama macam kamu semua...cuba sedaya upaya merebut keistimewaan bulan ramadhan ni..setiap malam saya tak pernah gagal ke masjid kecualilah time Allah suruh cuti...tapi tahun demi tahun...memang sangat tension kalau nak solat jemaah dengan makcik-makcik...dahla saya ni bertugas di tempat orang..susah sungguh nak berkomunikasi...

"makcik...berdiri atas garis kuning yer..kita luruskan saf...kalau makcik berdiri kat bahagian biru tu nanti saf bengkok" tegur saya kat makcik sebelah iaitu orang tempatan

"diorang sebelah sana pun bengkok juga..tak lurus juga." balas makcik tu sambil membetul-betulkan kedudukan masih di atas bahagian biru...

terus saya surrender nak tegur lagi...akibatnya saf kami macam ular kena palu..sedih tau...keesokkan harinya saya tak mahu lagi bersolat sebaris dengan makcik-makcik tu...tapi ada masalah lain pula...makcik sebelah iaitu orang tempatan juga..tak mahu bergerak merapatkan saf...kalaupun berkali-kali saya tarik beliau untuk merapatkan saf...uwaaaa.....sedihnya...masa solat tu jarak makin luas...saya boleh nampak jemaah kat belakang saya sebab terlalu luas jarak antara saya dengan jemaah di sebelah...lepas bagi salam, saya tarik seorang jemaah di belakang untuk penuhkan ruang tadi..baru lega hati...

masuk hari ketiga...saya pastikan kiri kanan saya orang semenanjung..barulah rapat saf..alhamdulillah...lega hati...tapi sampai bila kan kita nak biarkan keadaan macam tu sedangkan kita mampu untuk merubahnya...jadi saya fikirkan sesuatu...mahu menampal manual di dinding pemisah ruangan solat..terus saya buka laptop dan cari gambar kartun muslimah yang cute untuk dijadikan poster...kemudian saya sms seorang imam yang saya kenal (ustaz sekolah saya)

"assalamualaikum ustaz...boleh tak anta tolong tanya jawatankuasa masjid dan minta kebenaran untuk ana tampalkan poster berkaitan kat masjid tu?"

"wa'alaikumussalam ya ukhti...tampal saja..kalau tunggu iman dan jawatankuasa buat tu memang tak akan ada...untuk kepentingan bersama...apa salahnya..."

"baik ustaz...ustaz bertanggungjawab ye kalau kena marah nanti..Assalamualaikum"

jadi bermulalah misi saya menyiapkan poster tersebut....saya print dan laminate untuk mudahkan kerja menampal..lagipun tahan lama kalau buat macam tu...macam ni la poster tu




saya minta maafla kalau takde hadis atau apa-apa maklumat tentang meluruskan dan merapatkan saf sebab saya bukanlah orang yang arif...lagipun banyak blogger yang dah tulis tentang ini...saya cuma mahu membantu mereka yang memerlukan poster ini...sekian...

PADA SESIAPA YANG MAHUKAN POSTER NI UNTUK DITAMPAL DI MASJID @ MADRASAH @ SURAU KAWASAN BERDEKATAN ANDA, BOLEHLAH TINGGALKAN KOMEN DAN EMAIL SUPAYA SAYA DAPAT EMAIL SALINAN YANG LEBIH BAIK... 




Comments

Anonymous said…
salam.
boleh saya dapatkan copy utk rapatkan saf? email saya cooee_humaira@yahoo.com
terima kasih ye :)
Anonymous said…
salam. saya nak poster ni tanpa watermark..nak tampal kat masjid nearby. thank u. my email : nurfadila89@yahoo.com
annelatief said…
saya akan emailkan ye
Anonymous said…
as salam.. saya pun nak copy gamba ni tnpa watermark.. hee :) thank you >.< saleha_3003@ymail.com
IDNA said…
Assalam, saya jugak berminat utk dapatkan poster ni. boleh emailkan kpd saya? naistar80@yahoo.com. barakallah :)
haslinda said…
salam....saya pon nak copy poster saf ni tanpa watermark boleh???? terima kasih...ni email saya... princess_yellow89@yahoo.com.my

Popular posts from this blog

SK II : Harga..wow!

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita