Panduan, Kebaikkan dan Keburukkan Pelajar Membawa Handphone ke sekolah.
بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum readers...
macam mana nak mula menulis pun tak tahu. Sebagai seorang pendidik, hati ini terasa amatlah kecewa dengan dasar pendidikan negara yang semakin merapu dan tersasar dari landasan. Terbaru, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia menghebahkan tentang satu rang undang-undang sekolah baru yang akan dibentangkan ke parlimen Malaysia iaitu Membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ianya diluluskan. Sebagai guru yang setiap bulan ditambah dengan segala jenis bebanan, membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah akan menambahkan dan membebankan guru....
Secara dasarnya apabila perkara ini akan dilaksanakan di sekolah, maka akan timbul pelbagai kes lain yang membawa kepada berlakunya perilaku jenayah...sebagai contoh ini remaja sanggup jual tubuh untuk membeli gadjet [click untuk membaca berita penuh] .kalau rasa nak kondem, berpuluh blogger dah tulis samada relevan atau tidak program ni. Saya cuma nak gariskan beberapa panduan, kebaikkan dan keburukkan daripada membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.
1. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TELEFON DI SEKOLAH.
- Hanya boleh digunakan diluar waktu persekolahan termasuk diluar waktu aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan pada hari persekolahan.
- Setibanya di sekolah, pelajar harus menyerahkan telefon bimbit masing-masing kepada guru kelas untuk disimpan di pejabat sekolah.
- Penggunaan plastik penyimpanan peribadi harus dilaksanakan untuk mengelak sebarang pertukaran telefon bimbit.
- Sekolah mahupun guru tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlakunya sebarang kes kecurian atau kehilangan telefon bimbit murid. (kecuali guru terlibat pecah amanah)
2. KEBAIKKAN
- Pelajar dapat terus menghubungi ibu bapa atau pihak berkaitan jika berlaku kecemasan diluar waktu persekolahan.
- Ibu bapa dapat memantau pergerakkan anak-anak dengan lebih mudah
- dapat memantau lokasi anak (pada anak-anak yang berdisiplin dan terajar)
- ini bapa dapat menjimatkan masa dengan mengetahui waktu pulang anak masing-masing dengan lebih tepat.
[saya cuma dapat senaraikan 2 kebaikkan sahaja...atau otak saya yang tak cukup efisien seperti mereka yang mencadangkan perkara ini??ermmm......confused]
3. KEBURUKKAN
- PELAJAR
- Menyalahgunakan telefon bimbit
- berkongsi klip video lucah
- mengambil gambar perkara yang tidak sepatutnya
- penggunaan melampau ketika pembelajaran [sms, facebooking, twitter, instagrams, etc] *(merujuk kepada pelajar yang tidak menyerahkan telefon bimbit kepada guru).
- Permulaan jenayah
- Kecurian
- Kes buli
- Ugutan
- Meniru dalam ujian
- Menipu ibu bapa atau guru
- Perlacuran (pada segelintir pelajar perempuan yang ingin memiliki telefon bimbit canggih setanding dengan rakan dari keluarga berada)
- Meragut
- Ponteng sekolah (kerana rakan-rakan atau teman lelaki/wanita boleh menyamar sebagai guru jika dihubungi oleh ibu bapa)
- IBU BAPA
- Terpaksa bekerja mencari pendapatan lebih untuk menyediakan telefon bimbit kepada anak-anak.
- Akan mengambil sikap lepas tangan dan hanya memantau anak melalui panggilan telefon kerana kekangan masa dan sebagainya.
- Tidak mengetahui aktiviti sebenar anak-anak.
- GURU
- Terpaksa bertanggungjawab menjaga harta peribadi pelajar yang bernilai ribuan ringgit.
- Menambahkan bebanan guru kelas apabila terpaksa mengutip dan menyerahkan telefon bimbit pelajar setiap hari.
- Melayan panggilan daripada ibu bapa kepada anak masing-masing ketika telefon di dalam simpanan guru.
- Melayan karenah dan sikap pelajar degil dan nakal yang tidak menyerahkan telefon bimbit kepada guru.
- Menghentikan P&P dan melaksanakan "spot check" sekiranya terdapat aduan kehilangan telefon bimbit di dalam kawasan sekolah.
- Menadah telinga menerima kata kesat dan makian pelajar yang bermasalah apabila telefon bimbit dirampas.
- Mengurangkan rasa hormat pelajar kepada guru apabila pelajar memiliki telefon bimbit yang lebih mahal berbanding guru.
Melalui penulisan ini, saya senaraikan keburukkan, kebaikkan dan panduan untuk membenarkan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah untuk dinilai oleh semua pihak. Semoga pandangan peribadi dari dalam sekolah ini dapat membuka minda mereka yang menyokong dasar yang akan dibentangkan ini. Cukup-cukuplah membuka minda anak-anak muda pewaris negara hari ini dengan teknologi yang merosakkan mereka. Sekian...
p/s : ipod nano sekarang dah boleh dijadikan jam tangan...kalau pelajar "import" nota dalam bentuk audio dan pasang sewaktu ujian, adalah kita dapat mengenal pasti yang mereka tidak meniru dalam ujian? kuantiti pelajar yang lulus cemerlang meningkat tapi kualiti?? fikir-fikirkan
[ saya pun teringin nak jam ipod nano niiii....]
Comments