Bunuh diri di KB Mall ?

cam biasala saya akan tulis benda yang dah basi...hehehe....ni rentetan terlalu banyak video cubaan bunuh diri dari bagunan KB Mall 24 March 2011...banyak sangat dan ramai sangat yang tag video ni dalam FB masing masing....sama ada nak mohon kutukan untuk si pelaku atau pun nak jadikan iktibar...tak tahu lah saya... saya diantara yang akan menonton dan senyap..tulis dalam blog...saya ada experience dengan kes camni

2006...Sahabat saya dijemput illahi dalam keadaan paling perit...sahabat saya bertudung labuh..cantik orangnya...tutur kata sopan dan lemah lembut..bertemu dengan pemuda yang dicintai...tetapi ditinggalkan kemudian...sahabat saya...tanpa berfikir panjang....menelan 2 papan panadol bersama sebotol coke...malam tu jugak dia diterbangkan dari Kuala terengganu ke Bangi dan dimasukkan ke Hospital Pantai sebab mengalami masalah kerosakkan hati....pagi esok..ketika azan subuh berkemundang...sahabat saya ini kembali ke ramatullah... diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri kerana cinta *Al-fathihah buat Umairah...
    
back in 2001...saya jenjalan kat City Point Alor Setar...i was at the ground floor baru sahaja melangkah turun dari eskalator dan menghadap jalan utama yang berhadapan dengan Perpustakaan Awan Negeri Kedah..dalam kepala saya nak ke Watson..tetiba saya dengar bunyi "prappp"...bila toleh belakang saya tengok ada seorang budak lelaki botak dalam lingkungan 20-an terbaring atas lantai...dengar dia merintih "arghhh...." perlahan yang akhirnya hilang....saya tergamam...kaku takleh gerak bila tengok darah pekat mula tersebar di atas lantai...beberapa minit lepas tu penuh orang mengelilingi mayat tapi saya masih tak bergerak...seminggu saya trauma dan mimpi budak tu..... ok... itu adalah kesan bila orang lain tgk kamu bunuh diri...got it?




 [ kesemua gambar adalah dari pinkturtle ]

berbalik kes budak lemah akal di KB Mall itu..ini adalah rentetat hebat drama aksi stunt gadis kelahiran kelantan....betul betul nekad eh kamu... dari satu sumber ini kisahnya:

"Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.
Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.
Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.
“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.
“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.
Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.
Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.
“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.
“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.Mymetro" [ credit to pinkturtle ]

Masalah cinta merupakan masalah terbesar yang mengundang  kes bunuh diri di Malaysia yang diikuti dengan masalah masalah lain. Akal yang dangkal dan pendek mendorong manusia memilih jalan singkat mengambil nyawa sendiri.... daripada tahun 2001 sebanyak 4118 kes bunuh diri dicatatkan..banyak tuuu kalau nak diikutkan dengan perkembangan pegangan agama di negara kita..

Saya faham kadang kadang bila berhadapan dengan masalah kita wish kita tak perlu hidup untuk go through the whole process...sometimes kita tanya apasal orang lain elok je perjalanan hidup..apsal kita ditimpa pelbagai musibah...the best things is tido...betul....dulu saya pun penah gak nak bunuh diri pasai cinta...*apala bengong sangat....tapi bila memikirkan huishhh...sakit tuuuu...tak jadila nak bunuh dari.. set dalam minda kata bunuh diri tu sakit...sanggup nak tahan? sapa kata dah mati tak sakit??bayangkan bila jadi mayat...sikit ja tubuh kita kena sentuh...sakitnya berganda ganda...ingat tu..pastu ingat lagi....dah la sakit...buleh pulak hadiah percutian ke neraka jahanam...mahu??lagi sakit jiwa nanti..time tu nak bunuh diri pun tak leh dah...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya." Riwayat Abu Hurairah





Comments

Popular posts from this blog

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Bestnya kahwin muda

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita