KEPENDIDIKAN: Murid hari ini malas belajar

Teaching the last class is a big challenge for me and most of us i think..Aku mengajar subject Moral which is difficult sangat nak implement manners dalam diri budak-budak ni..Half of them still couldn't read..the sedih part is..A,B,C pun tak tahu..HALF of them!!

Masalah ni sebenarnya bukan baru kat tampat aku bertugas. Dauglas Sagam sebagai contoh; adalah murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi sebenarnya murid ini tidak langsung mengenali A,B,C hingga Z..Kilat AK Ronnie, Naldo Mellang, Vhelly, Juliana, Caroline adalah contoh murid yang tidak tahu membaca.

Hari ni aku suruh Kilat baca dan dia tunduk tidak tahu. perlahan tapi cukup untuk telinga aku mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. kemudian aku suruh dia mengeja, dia menggeleng kepala...

"na nemu aku cikgu"

lalu aku libaskan rotan halus ke tapak tangannya.. aku ulang permintaan aku..

"eja.."

Kilat masih membisu..tunduk dan ekor matanya menangkap kelibat rotan halus yang bermain kat jari aku. Riak wajahnya ketakutan..mungkin perit di tangan masih belum hilang..Murid lain mula mendiamkan diri. Memandang aku dengan perasaan gerun barangkali..

"baca A,B,C.."

arahku lagi. Pandanganku cukup bengis kali ini tapi nada suara masih rendah..Kilat perlahan-lahan cuba berkira-kira..cuba mengingat kembali..kemudian..

"A,B,C,D,E...I..."

wiap...rotan itu hinggap di kepalanya..

"lepas E apa?"

suara aku dah macam halilintar. Kilat tak berani mengangkat kepala memandang wajah aku pun saat tu. Mickenson ketawa kuat. Memperlekehkan temannya yang tidak tahu membaca..hatta mengenal huruf asas..

"awak ingat awak pandai sangat yang gelak-gelak kat orang ni?"
"Pergi 1H (kelas KIA2M)..panggil Winnie"

arah aku kepada Mickenson. Winnie adalah adik kepada Kilat. Gadis kecil itu terkedek-kedek ke kelas aku. Comot seperti abangnya.

"Pandai baca A,B,C tak Winnie?"

tanya aku perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Lester di belakang sekali. Anak kecil itu mengangguk laju. Kemudian aku suruh Winnie membaca dengan kuat sambil berdiri di atas kerusi di hadapan kelas. Aku tengok Kilat tunduk malu.

"sekarang..awak ajar abang awak ni baca ABC.."

Winnie mula menyebut satu persatu dan diikuti oleh Kilat yang masih tunduk. Malu mungkin untuk melihat wajah adiknya..Biar..biar dia tahu bagaimana perasaan malu itu sekarang dan bukan 5 atau 10 tahun akan datang.Tamat waktu Moral..aku melangkah keluar selepas memberi tugasan untuk mereka..dalam hati aku masih bungkam...

"ABC pun tak tahu..dah berapa lama ke sekolah ni?kalau tak nak belajar, buat apa datang sekolah.." rungut aku dalam hati..geram

Comments

Popular posts from this blog

SK II : Harga..wow!

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita