KALAU AKU...
"apa kau pandang?"
"langit"
"terbang ke mana dah?"
"masih kat sini"
"wei....kalau aku bunga, dia kumbangnya"
"kalau dah semua bunga sama kaler, sama wangi, sama besar..ko agak-agak kumbang rabun tu kenal kau tak?..huh...perumpaan yang takleh pakai"
"okay..tukar...kalau aku bintang, dialah bulannya"
"kau ni belajar sains tak?kau tahu tak bulan tu mengelilingi bumi dalam orbitnya yang tersendiri..tak boleh keluar dari orbit tu..."
"menyampahla kau ni..kalau aku pantai, dia ombaknya"
"hahahaha...lagi lawak...setiap masa kau kena bedal ngan dia..nak ke cik kak?"
"argghhh...last...kalau aku siang dia malam....kewl"
"kewl kepala hotak ko...asal malam kau hilang...bila siang...dia plak hilang..bila korang jumpa?"
"kau ni complicatedla...otak kau tu fikir banyak sangat"
"yup..aku sangat complicated...aku realistik la tak mainla ayat bunga-bunga bagai.."
"explain" menongkat dagu dan merenung...
"yerlah...realistik..cuba mengadaptasikan diri aku dalam situasi sebenar.Aku taknak hidup dalam khayalan"
"baiklah makcik...baik kau ubah darjah kekompleksan pemikiran kau tu...life your life la sayang..kalau tidak...PELANGI SENJA kau tu akan hilang..." *ketawa kuat selepas menarik hidung
"sial kau..."
Comments