Ustazah Pilihan : Antara malu dan mahu





ohhh ASTRO..tidak pernah sunyi dengan kontroversi..tidak cukup dengan rating rancangan IMAM MUDA, tidak cukup dengan kehebatan produk yang dihasilkan program tersebut..kini rancak pula dengan ujibakat Ustazah Pilihan..Alhamdulillah ASTRO kini lebih peka dengan keperluan dan juga kepentingan agama..


IMAM MUDA...program yang mencapai rating membanggakan. Menaik tarafkan status seorang imam. Melonjakkan peranan pemimpinan seorang imam. Imam kini telah diangkat ke satu level lain. Program Imam muda itu sendiri bertujuan memartabatkan kedudukan seorang Iman yakni pemimpin. Tambahan pula program IMAM MUDA adalah untuk mengetengahkan pelapis pelapis pemimpin agama yang berkaliber..contoh yang ada sungguh cantik. Asyraf dan kemudiannya Hassan..cukup cukup membanggakan..


Apakah peranan Ustazah? kita faham dak peranan ustazah sebenarnya?apakah ustazah kita adalah untuk tontonan umum?berbicara mengenai program USTAZAH PILIHAN saya di fahamkan bahawa seluruh warga produksi adalah dikalangan wanita..bahkan audience di studion juga adalah keseluruhannya wanita...tapi bagaimakah mereka yang menonton?adakah kita pasti wanita?pastinya akan ditonton juga oleh golongan lelaki yang ingin melihat bagaimana ustazah pilihan ini berbicara..petah melontar kata dengan senyuman yang bisa meruntuh jiwa lelaki..


saya pasti, kecantikan adalah pakej yang ditaruhkan untuk program seumpama ini. Ilmu dan juga peribadi. Kelantangan memperjuangkan islam juga menjadi paksi..saya juga pasti...kecantikkanlah yang akan meraih undi kerana wanita wanita bergelar ustazah pilihan ini adalah himpunan mereka-mereka yang hebat. Yang tidak datang hanya berbekalkan bakat..sebaliknya berbekalkan ilmu yang dituntut, yang diraih sepanjang hidup. Bukan calang-calang muslimah yang boleh menghadiri ujinakat jika tiada ilmu agama...Bukankah islam telah meletakkan garis panduan mencari calon isteri?


"Pilihla wanita berdasarkan rupa, agama, harta dan keturunannya..jika tidak mencakupi kesemuanya, maka pilihla yang beragama"...


Jelas bukan rupa adalah yang pertama...tetapi perlu didatangkan dengan agama,harta dan keturunannya...kalau tidak sempurna keempat-empat itu...pilihla yang beragama.. ketika itu, ramailah pemuda-pemuda yang berjuang menegakkan islam akan membuka mata. Mencari calon isteri melalui media..bukankah itu mencetus binasa?kecantikan akan menjadi igauan pemuda, kelantangan dan kebijaksanaan berkata-kata akan menjadi wadah untuk memuja..kelunakkan suara mengalunkan kalimah Allah pasti akan meruntun jiwa yang sepi dan lara...nampak bukan bagaimana halusnya perkara ini akan membawa binasa...


kepada yang ingin untuk menyertai atas nama ingin menyebarkan syiar islam, fikir-fikirkanlah. Kenapa saya rasa ustazah yang menyertai program ini akan lebih bersifat mengejar glamor? yang akan berbangga dengan ilmu yang dimiliki, yang ingin dirinya dipuji-puji...saya bukan bijak agama..saya sendiri masih pincang tapi saya tidak mahu melihat mereka yang selama ini menjadi bidadari syurga diturunkan darjatnya tanda disedari..


1. Ok, niat nak berdakwah, adakah kamu mampu menjaga niat kamu agar tidak tersasar?
katanya niat untuk berdakwah. Alhamdulillah..bagus..tapi saya pasti ada sekelumit sebesar biji sawi anda mahu dilihat sebagai wanita hebat. Anda mahu dunia mengenali anda. Anda mahu sedikit popular. Anda mahu lelaki bukan ajnabi yang baik2 melihat untuk dijadikan isteri. Anda mahu bukan?

2. Suara kamu, agar tak dilunakkan?

Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.   
(al-Ahzaab: 32)

Kalau berformatkan rancangan realiti tv, pastinya ada sesuatu yang dipertandingkan. Pastinya akan ada waktu dan segmen mengalunkan suara berzanji dan membaca Al-Quran..lunak sungguh suaramu..asyik didengar..bukankah suara itu aurat?bagaimakah janji untuk tidak melunakkan suara?

3. Pakaian kamu, agar tidak tabarruj?

 “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” 
(Surah al-‘Araf, ayat 31)

Yang ni memang akan jadi isu besar. Berpakaian berlebih-lebihan. Saya pasti yang ini. Wajah polos akan ditempel dengan berlapis-lapis foundation. Pipi yang sebelum ini tidak pernah dioles dengan solekan kini merah-merah bak mawar kembang..dipakaikan pakaian yang indah indah..ooohhh...kan dah jadi tabarruj?? jaga-jaga sayang...

4. Pandangan kamu, agar tidak meliar??

Dilaksanakan di studio...ya...tapi bagaimakah dengan tugasan?pasti di luar bukan?yang mana anda akan melintasi manusia yang bernama lelaki..boleh pastikan pandangan tidak meliar?

5. Pandangan orang lain?

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
Surah An-nur : 30-31 


Apa pandangan orang lain terhadap kamu?baikkah?burukkah? ada ketikan anda dicemburui pasti timbul fitnah ke atas dirimu..nah...


Sabda Rasulullah :


” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki 
daripada (fitnah) wanita.”
[ Hadis Riwayat Bukhari]

Ternyatalah kelemahan wanita adalah harta, dan lelaki akan dilemahkan oleh wanita..








Kini, muslimah sendiri yang mengurangi nilai diri mereka dengan berlumba-lumba menyertai pertandingan kecantikan demi meraih gelaran, pengiktirafan dan ganjaran. 


Islam datang membawa penawar, agar penyakit masyarakat dapat diubat, tetapi dengan gejala kurang sihat yang melanda ini, penawar akan hilang berganti tuba yang akan mematikan hati manusia.
Justeru, muslimahku, tanyalah hatimu. Antara malu dan mahu, yang manakah kalian perlu?

Comments

Popular posts from this blog

Review SK II : Fasa II Selepas 2 tahun

Bestnya kahwin muda

Lady photographer a.k.a jurugambar wanita